suria

Berita gembira! RM500 buat penjawat awam... lebih 2 juta nikmati bantuan khas sempena Aidilfitri

Penjawat awam bakal menikmati Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

KERAJAAN bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pada Khamis.

Sementara itu bagi pesara kerajaan pula, golongan ini akan menikmati bantuan sebanyak RM250.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Penjawat awam, pesara terima ‘duit raya’ sempena Aidilfitri

"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini," demikian menurut kenyataan berkenaan.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara," menurut kenyataan itu lagi.

Katanya, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain