suria

Malaysia catat 1,116 kes baharu Covid-19, 5 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,116 kes baharu, menjadikan keseluruhan 334,156 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,134 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 403 kes, diikuti Kuala Lumpur (158) dan Sarawak sebanyak 124 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,327 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,238 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,495 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 318,784 kes.

"Sehingga kini, terdapat 156 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain