suria

Lagi kemalangan di Lebuhraya SUKE, kren pembinaan hempap kereta... 2 maut

Anggota bomba kini sedang menyelamatkan pekerja lain yang terperangkap di lokasi.

DUA pekerja binaan terbunuh manakala dua lagi dilaporkan cedera parah selepas sebuah kren jatuh di atas sebuah kereta di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Pemandu kereta itu, seorang warganegara Malaysia, cedera parah sementara dua pekerja binaan jatuh 36 meter (120 kaki) dari tapak pembinaan dan mati di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh hempap van kilang, 5 dipercayai terperangkap

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap di landasan pembinaan.

"Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.45 pagi dan 25 anggota bomba dari Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Mac lalu, sebuah jejambat di lebuh raya itu runtuh, berpunca daripada binaan terbabit dilanggar sebuah lori yang membawa jengkaut.

Insiden tersebut turut membabitkan sebuah van kilang yang dihempap runtuhan jejambat berkenaan. The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain