suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jejambat runtuh hempap van kilang, 5 dipercayai terperangkap

Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selepas sebuah jejambat runtuh berhampiran Desa Tun Razak, petang Rabu. Foto: Media sosial

SEBUAH jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh berhampiran Desa Tun Razak, Kuala Lumpur, petang Rabu.

Difahamkan, insiden yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu berpunca akibat binaan terbabit dilanggar sebuah lori yang membawa jengkaut.

Keadaan tersebut menyebabkan pengguna jalan raya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut turut membabitkan sebuah van kilang yang dihempap runtuhan jejambat berkenaan.

Portal itu yang memetik Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata ketika ini operasi menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan bomba.

Difahamkan, van berkenaan dinaiki lima orang, dan status mangsa masih belum diketahui.

Sementara itu, video serta gambar insiden berkenaan mulai tular di media sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia