suria

Covid-19: Jangkitan baharu 1,745 kes, tambah 7 lagi korban... 195 di ICU

Malaysia merekodkan 1,745 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,745 kes baharu, menjadikan keseluruhan 305,880 kes setakat Rabu.

Daripada 1,745 kes baharu yang dilaporkan, 1,743 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 640 kes, diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,555 kes baharu, 6 lagi korban Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,148 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 2,276‬ kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 280,707 kes.

"Sehingga kini, terdapat 195 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 95 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain