suria

Malaysia catat 1,555 kes baharu, 6 lagi korban Covid-19

204 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,555 kes baharu, menjadikan keseluruhan 304,135 kes setakat Ahad.

Daripada 1,555 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat tiga kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Selangor, W.Persekutuan, Johor, P.Pinang berstatus PKPB... rentas negeri masih tak dibenarkan! - Ismail Sabri

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 672 kes diikuti Johor (163), Sarawak (159) dan Kuala Lumpur (145).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, enam kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,141 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan enam kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,141 kes," ujarnya menerusi sidang media, Selasa petang.

Sehingga hari ini, 2,528 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 278,431 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 204 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain