suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jejambat runtuh: Kesemua 5 mangsa terperangkap berjaya dikeluarkan, dihantar ke hospital

Anggota Bomba dan Penyelamat dilihat membawa mangsa yang dipercayai cedera parah akibat dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, petang Rabu. Foto: Bernama

KESEMUA lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang Rabu, berjaya dibawa keluar.

Perkara berkenaan disahkan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan sekitar pukul 9.29 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh hempap van kilang, 5 dipercayai terperangkap

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa.

Terdahulu, mangsa yang menaiki sebuah van kilang terperangkap selepas kenderaan mereka dihempap jejambat yang sedang dalam pembinaan itu.

JBPM dalam satu kenyataan berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar pukul 5.58 petang.

Seramai 23 anggota dengan tiga jentera FRT bersama 2 EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak, dan Cheras diarahkan ke lokasi.

"Siasatan awal mendapati sebahagian jejambat yang dalam pembinaan runtuh menghempap van kilang. Maklumat diterima bahawa sekurang-kurangnya lima orang terperangkap di dalam kenderaan," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata insiden itu berpunca akibat binaan terbabit dilanggar sebuah lori yang membawa jengkaut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jejambat runtuh, SUKE, van kilang

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia