suria

Dua mangsa terperangkap dalam insiden jejambat runtuh maut di tempat kejadian - Polis

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan jejambat.

DUA daripada lima mangsa yang terperangkap di dalam van yang dihempap runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang Rabu, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja kilang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh: Kesemua 5 mangsa terperangkap berjaya dikeluarkan, dihantar ke hospital

Tambahnya, kesemua lima mangsa adalah warga tempatan.

Dilaporkan, van tersebut membawa pekerja kilang dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku.

Zulkefly menambah, insiden itu berpunca daripada treler yang membawa muatan berat melanggar sebahagian struktur binaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga runtuh.

Ujarnya, pemandu treler berkenaan ditahan untuk membantu siasatan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain