suria

Jejambat runtuh: Pemandu treler direman, positif dadah

Penyelamat mengambil masa hampir empat jam untuk mengeluarkan lima orang mangsa dalam van itu.

PEMANDU lori treler yang terlibat kemalangan sehingga menjadi punca perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada Rabu malam didapati positif dadah

"Hasil ujian air kencing awal menunjukkan bahawa dia positif dadah jenis methamphetamine.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh: Kesemua 5 mangsa terperangkap berjaya dikeluarkan, dihantar ke hospital

"Dia akan direman mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi," ujar Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya,

Dalam pada itu, beliau berkata pemandu van kilang yang terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan di bahu, lebam pada paru-parunya dan pendarahan dalaman.

Salah seorang wanita yang terselamat cedera di kaki kirinya sementara yang lain cedera di paha kanan dan kesemua mereka kini sedang menerima rawatan.

Dua wanita yang maut di tempat kejadian telah dikenal pasti sebagai Nuriana Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah, 42.

Pada Rabu, sebuah lori treler bertembung dengan perancah jejambat yang masih dalam pembinaan di sepanjang Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.

Ia menyebabkan jejambat runtuh sehingga menghempap pekerja kilang yang menaiki van.

Penyelamat mengambil masa hampir empat jam untuk mengeluarkan lima orang mangsa dalam van itu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain