suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3,170 kes jangkitan Covid-19 akibat rentas negeri sejak 1 Januari lalu

Walaupun negara ini menunjukkan penuruan angka jangkitan, rakyat harus selalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia merekodkan 3,170 kes jangkitan Covid-19 akibat pergerakan rentas negeri bermula 1 Januari lalu hingga 21 Mac 2020.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad.

Jelasnya, tiga negeri dengan rekod kes import tertinggi merupakan Kedah dengan 714 kes, diikuti Perak (582) dan Negeri Sembilan (370).

"Kluster antara negeri adalah kluster yang melibatkan kes indeks yang dijangkiti oleh Covid-19 dari negeri lain dan seterusnya, mencetuskan jangkitan tempatan," katanya.

Bagaimanapun katanya, terdapat penurunan angka jangkitan harian sejak pergerakan rentas negeri dilaksanakan.

Tambahnya, walaupun negara ini menunjukkan penuruan angka jangkitan, rakyat harus selalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ini termasuk mematuhi larangan perjalanan antara negeri, kecuali untuk perkara kecemasan yang mana kelulusan diberikan oleh polis," katanya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain