suria

Kakitangan kosongkan Kedutaan Korea Utara, dihantar pulang... ‘Malaysia akan terima akibat’, kata konsulat

bas

SELEPAS diarahkan untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam, pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara selesai mengosongkan bangunan kedutaan itu di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10.55 pagi Ahad.

Kesemua pekerja kedutaan dan juga ahli keluarga mereka keluar dari pekarangan bangunan dengan menaiki sebuah bas, manakala Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.

Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diberi 48 jam tinggalkan Malaysia, bas tiba di Kedutaan Korea Utara

ARTIKEL BERKAITAN: Putus hubungan diplomatik: Diplomat Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

"Kejadian ini adalah hasil nyata dari konspirasi anti Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat," katanya.

Katanya, insiden tersebut telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

Media masih lagi cuba mendapatkan waktu penerbangan dan jumlah sebenar pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara yang pulang ke negara mereka. - Sinar Harian



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain