suria

Diberi 48 jam tinggalkan Malaysia, bas tiba di Kedutaan Korea Utara

Sebuah bas berada di perkarangan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, pagi Ahad.

SEBUAH bas memasuki Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur,

Kenderaan itu memasuki perkarangan kedutaan tersebut kira-kira pukul 9.10 pagi Ahad (21 Mac).

Ia melepas pusat pemeriksaan polis di hadapan kedutaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Diberi 48 jam untuk tinggalkan Malaysia, pasukan perubatan buat ujian Covid-19 di Kedutaan Korea Utara

ARTIKEL BERKAITAN: Putus hubungan diplomatik: Diplomat Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Dipercayai bas tersebut disewa untuk membawa kakitangan kedutaan dan keluarga mereka ke lapangan terbang.

Pada Jumaat, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara ini.

Ia susulan keputusan Korea Utara yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Tindakan tersebut ekoran keputusan sebuah mahkamah di Kuala Lumpur yang mengarahkan seorang rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Keputusan drastik kerajaan Korea Utara pada Jumaat juga mengarahkan penutupan misi Kedutaan Malaysia di ibu kotanya, Pyongyang.

"Kerajaan Malaysia kini mengikut jejak Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) menutup Kedutaan Malaysia di ibu negaranya yang operasinya memang sudah digantung sejak 2017.

"Pada masa sama, kerajaan Malaysia juga memerintahkan semua staf diplomatik di Kedutaan DPRK untuk keluar dari negara ini dalam masa 48 jam," menurut kenyataan Kementerian Luar.

Difahamkan, terdapat 33 warga Korea Utara, termasuk anggota keluarga pekerja diplomatik, di kedutaan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain