suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diberi 48 jam untuk tinggalkan Malaysia, pasukan perubatan buat ujian Covid-19 di Kedutaan Korea Utara

Mereka dipercayai menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap kakitangan kedutaan itu. Foto: Sinar Harian.

KEPUTUSAN Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat ternyata mengeejutkan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, pasukan perubatan dipercayai dari hospital swasta memasuki pejabat Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur sejak jam 9 pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Putus hubungan diplomatik: Diplomat Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Mereka dipercayai menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap kakitangan kedutaan yang telah diarah meninggalkan negara pada Jumaat.

Ujian saringan tersebut difahamkan selesai sekitar 1 petang apabila kenderaan yang membawa pasukan perubatan itu dilihat meninggalkan kedutaan.

Pada Jumaat, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia.

Ia susulan keputusan Korea Utara yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain