suria

Malaysia catat 1,671 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19

151 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,671 kes baharu, menjadikan keseluruhan 331,713 kes setakat Sabtu.

Daripada 1,671 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat dua kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal daftar nama sebelum masuk premis di Teluk Cempedak, 2 beradik dikompaun RM10,000

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 652 jangkitan baharu.

Ia diikuti Pulau Pinang dengan 328 kes, Sarawak (154), Johor (130), Sarawak (154) dan Sabah (102).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,229 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,229 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,585 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 316,042 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 151 kes positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain