suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat awam umur 51 tahun ditahan SPRM gara-gara minta rasuah seks

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penangkapan itu ketika dihubungi pada hari Sabtu. (Gambar Hiasan)

SEORANG penjawat awam yang juga ketua sebuah jabatan di Keningau, Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.

Lelaki berusia 51 tahun itu ditangkap pada jam 3.30 petang pada hari Jumaat di sebuah hotel di Keningau.

Difahamkan, perkhidmatan seksual yang diminta merupakan suapan rasuah bagi suspek untuk memberi sokongan kepada wanita itu dalam mendapatkan pinjaman pertanian.

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penangkapan itu ketika dihubungi pada hari Sabtu.

“Suspek ditahan selama 24 jam untuk mendapatkan keterangannya dan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Tambahnya, tafsiran suapani bawah Seksyen 3 Akta itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pinjaman, jawatan dan perkhidmatan seperti perkhidmatan seksual. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain