suria

Malaysia catat 1,327 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19

154 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,327 kes baharu, menjadikan keseluruhan 333,040 kes setakat Ahad.

Daripada 1,327 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat 11 kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,671 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 356 kes diikuti Sarawak (276), Pulau Pinang (205) dan Johor (141).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,233 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,233 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,247 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 317,289 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 154 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain