suria

Pihak berkuasa sahkan 6 mangsa insiden kren jatuh di tapak pembinaan SUKE

Lokasi kejadian di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

PIHAK berkuasa mengesahkan enam mangsa dalam kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Kuala Lumpur.

"Tiga maut, sementara seorang pemandu kereta cedera parah dan dihantar ke hospital. Dua pekerja lain berjaya diselamatkan," kata Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Md Pauzi.

"Kita percaya bahawa kita akan mengemas kini perkembangan dalam masa tiga jam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kren pembinaan hempap kereta di Lebuhraya SUKE, 3 pekerja asing maut

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kemalangan di Lebuhraya SUKE, kren pembinaan hempap kereta... 2 maut

Nordin berkata, kesukaran untuk mengeluarkan mayat ketiga disebabkan oleh isu kestabilan dan berat kren.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika kejadian pemandu yang cedera sedang memandu keretanya sebelum dihempap oleh kren.

"Dia telah dihantar ke HUKM untuk rawatan lanjut. Polis telah membuka kertas siasatan dan mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat," katanya.

Ini merupakan insiden kedua yang melibatkan SUKE pada tahun ini.

Terdahulu, seramai lima mangsa terperangkap dalam sebuah van kilang yang dalam perjalanan di Lebuhraya MRR2 dekat Bandar Tasik Selatan pada 3 Mac, apabila sebahagian jejambat dalam pembinaan jatuh menghempap kenderaan itu sekitar pukul 5.58 petang, akibat dilanggar oleh treler yang membawa jentera berat.

Dalam kejadian yang melibatkan van kilang itu, dua wanita maut, manakala tiga lagi cedera parah. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain