suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Jangkitan baharu 1,470 kes, bertambah 3 lagi korban

Malaysia merekodkan 1,470 kes baharu pada Sabtu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,470 kes baharu, menjadikan keseluruhan 322,409 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 16,711 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,470 kes baharu yang dilaporkan, 1,458 kes merupakan penularan tempatan dan baki 12 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh hari berturut-turut bawah angka 2,000! Malaysia catat 1,575 kes baharu Covid-19,3 lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 551 kes, diikuti Sarawak (222) dan Pulau Pinang (178).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,206 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,830 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 304,492 kes.

"Sehingga kini, terdapat 162 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 70 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain