suria

MP Kuala Langat Xavier umum keluar PKR

Xavier (gambar fail) mengumumkan beliau keluar dari PKR. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

AHLI Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan beliau keluar PKR, berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan terus berkhidmat untuk kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli Parlimen bebas dan yakin bahawa saya akan memenuhi mandat pilihan raya kepada rakyat Kuala Langat," katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, beliau meninggalkan parti yang disertainya pada 1998 kerana 'amat kecewa' dengan peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Walaupun terdapat parti yang membincangkan mengenai kemungkinan pilihan raya, ini adalah tidak perlu atau tidak dapat dilaksanakan pada saat ini.

"Keutamaan kita pada masa ini adalah menyokong kerajaan dalam membendung pandemik Covid-19, mencipta pekerjaan dan mendapatkan dana untuk membangunkan semula ekonomi," kata Xavier.

Tambah beliau, ia memerlukan masa 18 bulan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan selesai dan lebih dua tahun bagi ekonomi kembali pulih.

"Ini memerlukan sokongan kedua-dua pihak untuk memastikan usaha kerajaan terpenuhi. Rakyat mahukan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang tenat.

"Untuk ke arah itu, kita perlu bekerjasama dan tidak menentang antara satu sama lain," kata Xavier. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain