suria

Tujuh hari berturut-turut bawah angka 2,000! Malaysia catat 1,575 kes baharu Covid-19, 3 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,575 kes baharu, menjadikan keseluruhan 320,939 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 17,074 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 751 kes, diikuti Sarawak (173 kes) dan Johor sebanyak 135 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari ke-6 kes baharu Covid-19 bawah 2,000... catat 1,647 kes, 9 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,203 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 2,042 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 302,662 kes.

"Sehingga kini, terdapat 147 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain