suria

Hari ke-6 kes baharu Covid-19 bawah 2,000... catat 1,647 kes, 9 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,647 kes baharu, menjadikan keseluruhan 319,364 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 17,544 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 712 kes, diikuti Johor (170 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Lima hari berturut-turut kes positif bawah 2,000, jangkitan baharu 1,448 kes

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan sembilan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,200 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 2,104 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 300,620 kes.

"Sehingga kini, terdapat 147 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain