suria

Syed Saddiq tak merajuk, tapi lanjutkan pengajian di Singapura

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya perihal Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga ada yang beranggapan bekas Menteri Belia dan Sukan itu 'merajuk' selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Namun tanggapan tersebut tidak benar sama sekali apabila Syed Saddiq mendedahkan beliau kini akan berada di Singapura kerana melanjutkan pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq dakwa cuba hentikan 'mereka' - “Maafkan saya, Malaysia”

Memetik laporan Sinar Harian, Syed Saddiq berkata keputusan untuk melanjutkan pelajaran itu adalah bagi memperbaiki kualiti dan mutu perkhidmatannya sebagai pemimpin kepada rakyat.

"Saya mahu memperbaiki kualiti khidmat saya dan bertugas dengan baik di samping membawa dasar rakyat prihatin.

"Maka saya lanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh. Sebelum ini saya menghadiri kelas melalui pertemuan secara maya (online), namun kini perlu menghadiri kelas secara fizikal dan bersemuka.

"Melalui pengajian saya ini juga, saya belajar berhubung dasar dan polisi kerajaan. Insya-Allah saya akan memperbaiki diri saya untuk menggubal dasar dengan lebih baik," katanya.

Bagi tujuan tersebut, Syed Saddiq berada di negara berkenaan selama sebulan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Polisi Awam.

Beliau juga memulangkan semua elaun bulan Mac kepada rakyat di Muar bagi kegunaan mereka memandangkan beliau akan berada di Singapura dalam tempoh tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain