suria

Harga RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga baharu bagi RON97 meningkat 5 sen menjadi RM2.40 seliter berkuatkuasa 11 hingga 17 Mac.

HARGA petrol RON97 akan naik lima sen seliter, berkuatkuasa bermula 11 hingga 17 Mac, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Harga baharu RON97 menaik daripada RM2.35 kepada RM2.40 seliter.

Sementara itu harga petrol RON95 dan diesel kekal, iaitu masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian juga mengatakan, harga RON95 dan diesel dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mekanisme harga bahan api mingguan diperkenalkan semula pada 5 Jan 2019, di bawah Mekanisme Penentuan Harga Automatik (APM). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain