suria

Covid-19: Lima hari berturut-turut kes positif bawah 2,000, jangkitan baharu 1,448 kes

Malaysia merekodkan 1,448 kes baharu pada Rabu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,448 kes baharu, menjadikan keseluruhan 317,717 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 18,010 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,448 kes baharu yang dilaporkan, 1,438 kes merupakan penularan tempatan dan baki 10 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,280 kes baharu, 9 lagi korban akibat Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 561 kes, diikut Johor (273) dan Sarawak (199).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,191 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 2,147 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 298,516 kes.

"Sehingga kini, terdapat 151 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 72 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain