suria

Malaysia catat 1,280 kes baharu, 9 lagi korban akibat Covid-19

155 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,280 kes baharu, menjadikan keseluruhan 316,269 kes setakat Selasa.

Daripada 1,280 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat dua jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulai esok rentas antara negeri PKPP dibenarkan tapi ada syaratnya

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 464 kes diikuti Johor (165), Sarawak (163) dan Pulau Pinang (143).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sembilan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,186 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan sembilan kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,186 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 2,345 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 296,379 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 155 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain