suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chor Chee Heung dilantik Pengerusi baharu SMG

Antara tahun 2008 dan 2013, Chor berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KUMPULAN Star Media Bhd (SMG) melantik Tan Sri Chor Chee Heung sebagai pengerusi baharunya.

Chor, 66, akan menjadi pengerusi bebas dan bukan eksekutif SMG berkuatkuasa pada 15 Mac 2021 Mac.

ARTIKEL BERKAITAN: Fu Ah Kiow letak jawatan Pengerusi SMG

Pernah berkhidmat sebagai peguam, Chor terpilih sebagai Anggota Parlimen selama lima penggal di kawasan Alor Star antara tahun 1990 hingga 2013.

Antara tahun 2008 dan 2013, Chor berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum itu antara tahun 1996 dan 2004, Chor dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pengangkutan.

Selepas meninggalkan kerjaya politiknya, Chor menyertai dunia korporat yang mana dia dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Penasihat di Melati Ehsan Holdings Bhd.

Beliau memegang jawatan korporat tersebut antara tahun 2015 dan 2017. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain