suria

Aksi kejar-mengejar sejauh 22 km... polis berjaya tahan lelaki bersama dadah, wang tunai

Nilai keseluruhan barang dan wang tunai yang dirampas adalah sekitar RM2,500.

POLIS menahan seorang lelaki dan merampas 26 bungkusan kecil mengandungi pelbagai dada di Sungkai, Perak setelah berlaku aksi kejar-mengejar sejauh 22 kilometer (km).

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, suspek berusia 43 tahu mengelak sekatan jalan raya polis berhampiran plaza tol Slim River, terus memecut selama 30 minit sebelum ditaan kira-kira 10.30 malam, Isnin.

Ujar beliau, lelaki itu merupakan petugas khidmat towing dan berjaya ditahan sebelum dibawa ke balai polis Sungkai.

“Semasa pemeriksaan, kami menjumpai satu paket dadah, yang mengandungi methamphetamine dan 25 paket heroin.

“Kami juga menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyedut dadah, beg plastik kecil, RM362, SG$19 dan telefon bimbit.

"Nilai keseluruhan barang dan wang tunai yang dirampas adalah sekitar RM2,500.

"Dia dibawa kembali ke balai polis Slim River untuk memudahkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Supritendan Sulizmie berkata, lelaki itu pernah mempunyai rekod mempunyai kes berkaitan dadah, kini direman hingga 14 Mac.

"Dia akan disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya," katanya, sambil menambah bahawa Seksyen 39B membawa hukuman mati mandatori.

"Dia juga akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya," tambahnya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain