suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hutang RM5,000 mungkin jadi punca, penjual kuih warga Indonesia dan suami direman kes bunuh jiran

Seorang penjual kuih dan suaminya ditahan reman susulan kes pembunuhan jiran mereka. Gambar hiasan

SEORANG penjual kuih warga Indonesia dan suaminya ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jiran mereka di sebuah pangsapuri di USJ1, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, wanita itu disyaki membunuh jirannya yang juga warga Indonesia pada Isnin (8 Mac).

"Kami percaya wanita tersebut menyerang mangsa. Dia kemudian menyembunyikan mayat mangsa di bawah katil di unit pangsapurinya yang terletak di tingkat dua," katanya.

Tambah Abd Khalid, motif pembunuhan itu berkemungkinan berkaitan dengan hutang berjumlah RM5,000.

"Kami percaya suspek wanita merasa tertekan kerana masalah kewangan dan kegagalannya melunaskan hutang," katanya.

Abd Khalid berkata, suspek wanita berusia 39 tahun dan suaminya yang berusia 48 tahun telah direman sehingga Isnin (15 Mac).

"Kami belum menemui senjata yang digunakan, tetapi kami masih mencari di tempat kejadian dan kawasan berhampiran," tambahnya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain