suria

Bidang kuasa Jais terhad untuk tahan Nur Sajat, sedang bekerjasama dengan PDRM

Nur Sajat dipercayai masih berada di Lembah Klang.

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Menurut Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar, ini kerana pihaknya dan Jais mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk menahan Sajat seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian wanita: Sajat tak kebal undang-undang - Ahmad Marzuk

"Perintah mahkamah telah dikeluarkan, jadi kita sedang tunggu keputusan daripada Jais dan PDRM untuk melaksanakan perintah tersebut," katanya sambil menambah, Jais masih mengesan lokasi Nur Sajat dengan kerjasama daripada pihak PDRM.

"Jika terdapat sebarang perkembangan berkenaan kes ini, pihak Jais akan memaklumkan kepada Mais untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Sabtu.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadiri sebutan semula kesnya berhubung menghina Islam, tanpa sebarang alasan.

Menurut sumber, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jais, Mais, PDRM, Nur Sajat

Artikel Lain