suria

Pertambahan 5 korban... 1,828 jangkitan baharu Covid-19, Johor rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 1,828 kes baharu pada Isnin.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,828 kes baharu, menjadikan keseluruhan 302,580 kes setakat Isnin.

Daripada 1,828 kes baharu yang dilaporkan, 1,821 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Johor melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 490 kes, diikuti Selangor (453) dan Sarawak (220).

ARTIKEL BERKAITAN: 2,437 kes baharu dilaporkan, 9 lagi korban Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,135 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 2,486‬ kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 275,903 kes.

"Sehingga kini, terdapat 198 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 90 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Johor

Artikel Lain