suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mickey Mouse, robot Transformers pun hadir hari pertama sesi persekolahan

Antara kostum popular inisiatif guru untuk menarik pelajar. Foto: media sosial

SEBAGAIMANA kita semua sedia maklum, hari ini merupakan hari pertama bermulanya sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara

Bagi menyambut kehadiran murid, warga sekolah tampil dengan inisiatif sendiri dan paling popular tentunya mengenakan kostum karakter terkenal bagi menarik perhatian pelajar khususnya bagi mereka yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan.

Jika dilihat di laman sosial, inisiatif warga sekolah Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bahru Kelantan antara yang paling mencuri tumpuan apabila menampilkan dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee bagi menyambut murid mereka.

Menerusi video durasi 18 saat yang dimuat naik oleh guru Mohd Khairul Izzuddin di Twitter, kelihatan dua robot berkenaan 'melangkah gagah' masuk ke perkarangan sekolah berkenaan, pagi tadi.

Guru tersebut turut memuat naik pelbagai kreativiti guru di sekolah lain di seluruh negara, antaranya dengan memakai kostum dinosaur, maskot Mickey Mouse, maskot Tom dan Jerry, dan watak Captain America. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain