suria

Ekonomi negara bertambah baik, kadar pengangguran menurun - PM

Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, Isnin.

KEADAAN ekonomi di negara ini semakin bertambah baik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Beliau berkata, jika dibandingkan pada April tahun lalu, ekonomi menguncup 28.7 peratus tetapi pada Disember, penguncupan hanya 1.7 peratus.

"Kadar pengangguran juga telah menurun daripada 5.3 peratus pada Mei kepada 4.8 peratus pada Disember tahun lalu.

"Langkah kerajaan membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berfasa selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada bulan Mac tahun lalu telah menyumbang kepada kedudukan ekonomi semasa yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Isnin. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain