suria

2,437 kes baharu dilaporkan, 9 lagi korban Covid-19

Malaysia catat 2,437 kes Covid-19 pada Ahad.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,437 kes baharu, menjadikan keseluruhan 300,752 kes setakat Ahad.

Daripada 2,437 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat dua kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia bakal terima bekalan vaksin Johnson & Johnson - KJ

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 914 kes diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337) dan Perak (287).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sembilan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,130 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan sembilan kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,130 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 3,251 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 273,417 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 202 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain