suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 Ahli Parlimen PKR keluar parti, nyatakan sokongan kepada PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Sng (kiri) dan Choong (kanan).

DUA Ahli Parlimen PKR Larry Sng dari Julau dan Stephen Choong dari Tebrau telah keluar parti dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Foto yang menunjukkan mereka bergambar dengan Muhyiddin turut tersebar di media sosial, sekaligus mengesahkan hal itu.

Ketika dihubungi, Sng turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, kami telah meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kami kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang Ahli Parlimen bebas. Saya akan memberikan kenyataan penuh kemudian," ujarnya.

Perkembangan terbaharu itu berlaku setelah Sng mengumumkan bahawa dia telah mengundurkan diri sebagai ketua PKR negeri Sarawak semalam pada Sabtu dalam sidang video dengan rakan pemimpin parti.

Dalam satu lagi gambar, Muhyiddin dilihat menerima pernyataan sokongan berkanun Sng dan Choong sambil disaksikan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Zuraidah Kamaruddin.

“Mereka memutuskan untuk menÿokong Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional setelah memantau cara pemerintahan dijalankan.

"Mereka juga tidak senang dengan cara PKR bekerja dan berasa lebih yakin untuk memberi khidmat dengan menyokong Muhyiddin, ” kata sumber itu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain