suria

Saravanan diarah jalani kuarantin hingga Jumaat selepas setiausaha politik positif Covid-19

Saravanan dikesan sebagai kontak rapat kepada pembantunya yang positif Covid-19. Foto: Izzrafiq Alias/The Star

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak kepada seorang individu yang kemudian disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Politik beliau, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah disahkan positif pada Sabtu.

Satu surat bertarikh 16 Januari menyatakan bahawa Saravanan dikenal pasti sebagai kontak rapat kerana terlibat dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Nasional (MKN) pada Rabu, yang juga dihadiri oleh Khamarulazlan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Balik beli barang, suami beritahu positif Covid-19" - Rita Sosilawati sayu anak rayu nak jumpa daddy untuk 2-3 minit, terpaksa ‘tipu’ yang bongsu!

"Datuk Seri adalah dipohon untuk terus menjalani kuarantin kendiri berkuat kuasa 16 Januari 2021 (Sabtu) sehingga 22 Januari 2021 (Jumaat) bagi mengekang penularan wabak Covid-19," menurut surat berkenaan.

mStar pada Ahad melaporkan usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati melahirkan rasa sedih apabila suaminya, Khamarulazlan, disahkan positif Covid-19.

Berita sedih itu diumumkan Rita menerusi laman Instagram miliknya, pada Ahad.

Rita turut memuat naik video menunjukkan suaminya mengasingkan diri di bilik lain di rumah mereka untuk menjalani kuarantin. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain