suria

Malaysia catat 1,309 kes pada Ahad, KL paling tinggi

Malaysia catat 1,309 kes pada Ahad.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,309 kes baharu, menjadikan keseluruhan 64,485 kes setakat Ahad.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,315 kes baharu Covid-19, empat lagi kematian termasuk kanak-kanak 4 tahun

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 357 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 357 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,333 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 52,647 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, 116 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk rekod semasa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes.

Ia diikuti Sabah (290), Selangor (238), Perak (77), Kedah (52), Pulau Pinang (46), Johor (37), Labuan (35), Negeri Sembilan (32), Kelantan (6), Terengganu (1) dan Pahang (1).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

1) Lelaki warganegara Malaysia berusia 64 tahun, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

2) Lelaki warganegara Malaysia berusia 89 tahun, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

3) Perempuan warganegara Malaysia berumur 53 tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain