suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dicampak dari tingkap, lelaki didakwa bunuh cucu selepas cubaan rogol anak tiri gagal

Suspek kemudian melompat keluar dari tingkat yang sama tetapi selamat.

KERANA marah, seorang lelaki didakwa membunuh cucu tirinya yang berusia empat tahun setelah cubaannya memperkosa anak tirinya gagal di sebuah apartmen di Setapak, Kuala Lumpur.

Kejadian kejam itu berlaku pada Ahad setelah suspek berusia 42 tahun cuba merogol anak tirinya namun gagal setelah dihalang oleh isteri dan anak-anaknya.

"Anak tirinya sedang tidur ketika kejadian, isteri serta anak-anaknya cuba menghalangnya.

"Dalam keadaan marah, dia memukul mereka semua di dalam rumah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Ujarnya, isteri dan anak-anaknya turut berlari menyelamatkan diri untuk meminta pertolongan.

"Melihat mereka menjerit meminta tolong, suspek mengambil anaknya, yang berada dalam keadaan lemah, dan membuangnya keluar dari tingkap bilik utama," tambahnya.

Suspek kemudian melompat keluar dari tingkat yang sama tetapi selamat.

Dia ditangkap oleh penduduk dan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain