suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Covid-19 meningkat di beberapa kawasan, Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul mulai 1 Disember

Ia susulan peningkatan kes Covid-19 di beberapa mukim di daerah negeri Johor. foto: BERNAMA.

PENULARAN Covid-19 memaksa banyak acara dibatalkan sepanjang tahun ii.

Terbaharu, kerajaan negeri Johor pada Ahad mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,309 kes pada Ahad, KL paling tinggi

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes Covid-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini.

Beliau berkata arahan itu selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di masjid dan surau negeri ini.

"Penangguhan bermula 1 Disember 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan arahan itu, Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta’zim dikeluarkan pada 18 Oktober lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baharu. - BERNAMA.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain