suria

Sabah rekod jangkitan tertinggi, Malaysia catat 935 kes baharu Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/ foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 935 kes baharu, menjadikan keseluruhan 60,752 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,348 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Sabah pada Khamis melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes. diikuti oleh Selangor (161 kes) dan Negeri Sembilan (158 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 970 kes pada Rabu, Negeri Sembilan pula catat jangkitan tertinggi

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 935 kes baharu yang dilaporkan, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 348 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.



Butiran kes kematian baharu setakat Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 2,555 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 49,056 kes.

"Sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kluster baharu dikesan pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain