suria

Automatik! Lanjutan moratorium pinjaman bank untuk B40, PKS

Tengku Zafrul menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat. -foto Bernama

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan moratorium secara automatik ke atas pembayaran pinjaman bank untuk golongan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro.

Ini bermakna kumpulan berpendapatan B40 dan PKS Mikro tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen untuk mendapatkan lanjutan moratorium selama tiga bulan yang akan dilaksanakan hingga Disember tahun ini.

"Mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan B40 dan PKS mikro juga akan menerima permohonan yang diluluskan oleh pihak bank masing-masing dalam tempoh 24 jam," kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau turut memberitahu bahawa golongan M40 hanya perlu membuat self-declaration atau pengisytiharan sendiri dengan pihak bank masing-masing, untuk meneruskan moratorium dan ia akan diluluskan dalam tempoh antara sehari dan lima hari.

Tengku Zafrul berkata, lebih 700,000 rakyat Malaysia telah memohon untuk moratorium fasa kedua, yang kini di bawah Belanjawan 2021.

Moratorium fasa pertama adalah selama enam bulan dari Mac hingga Oktober tahun ini.

Di bawah Belanjawan 2021, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa golongan B40 dan PKS dapat memilih moratorium selama tiga bulan atau pengurangan 50 peratus ansuran bulanan selama enam bulan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain