suria

Malaysia rekod 970 kes pada Rabu, Negeri Sembilan pula catat jangkitan tertinggi

Malaysia merekodkan 970 kes positif Covid-19 baharu pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 970 kes baharu, menjadikan keseluruhan 59,817 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,971 di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala baki 965 kes merupakan penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama melepasi 2,000 kes Covid-19, Selangor masih catat angka tertinggi

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Negeri Sembilan mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes, diikuti Sabah (293 kes) dan Selangor (115 kes).

"Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes," katanya dalam sidang media pada petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 345 kes.

Sehingga hari ini, 2,348 kes telah pulih sekali gus merupakan jumlah kes sembuh tertinggi setakat ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 46,501 kes.

Untuk rekod semasa, 110 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ringkasan kes kematian pada Rabu adalah seperti berikut:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain