suria

Ramai resah, tertanya-tanya PKPB di Selangor, KL disambung atau tak? Ini jawab Ismail Sabri

Anggota polis dan pihak berkuasa melakukan sekatan jalan raya ketika tempoh PKP. Foto: Bernama

DUA kali tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan di Selangor dan Lembah Klang, sudah pastinya rakyat di kawasan berkenaan tertanya-tanya apakah ada kemungkinan ia akan dilanjutkan lagi selepas ini.

Ia susulan situasi perkembangan semasa penularan Covid-19 di dua kawasan ini yang mencatatkan peningkatan kes saban hari.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB di KL, Selangor, Putrajaya, Labuan sambung atau tidak? Ini jawab Ismail Sabri

Menjawab persoalan berkenaan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hanya akan dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko pada minggu terakhir sebelum tempoh PKPB berakhir.

"Biasanya minggu terakhir KKM akan buat penilaian risiko... kalau nampak penurunan dan dari segi penilaian risiko tak ada lagi kebarangkalian jangkitan baharu, mereka akan menasihatkan kita.

"Sama seperti empat negeri yang kita umumkan penamatan, (keputusan itu) selepas penilaian risiko dibuat. Pertamanya, penilaian risiko dahulu. KKM akan beri cadangan dan kita akan putuskannya nanti," katanya dalam sidang media pada Rabu petang.

Tempoh PKPB di Selangor dan Lembah Klang bakal berakhir pada 6 Disember depan.

Bagaimanapun, beberapa hari kebelakangan ini kes positif Covid-19 di kawasan yang berkenaan merekodkan peningkatan yang ketara sekali gus menimbulkan kebimbangan rakyat.

Untuk rekod pada 24 November (Selasa), Selangor mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dengan 1,623 kes manakala Kuala Lumpur pula mencatatkan 90 kes.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain