suria

Korban akibat Covid-19 bertambah 2 lagi, 89 kes baharu direkodkan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 89 kes baharu, menjadikan keseluruhan 11,224 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,124 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 89 kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import melibatkan semua bukan warganegara yang pulang dari luar negara.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 86 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 84 warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 28 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,967 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain