suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh gaduh di kaunter pandu lalu restoran makanan segera

Tangkapan skrin klip video pergaduhan di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makan segera.

SATU pergaduhan berlaku di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera, gara-gara perselisihan faham berhubung kaedah pembayaran.

"Pada 27 September lalu pukul 7.30 malam. seorang mangsa berusia 41 tahun membuat pembayaran di sebuah restoran di Rawang, Selangor sebelum berang dengan seorang kakitangan kerana menggunakan 'pay wave' tanpa kebenarannya.

"Mangsa turut mendakwa kakitangan tersebut biadab, meninggikan suara dan membuatkannya menunggu lama.

"Pertengkaran berlaku, sebelum didatangi seorang lelaki yang menumbuk mangsa di bahagian dagu," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menambah, keterangan kakitangan restoran dan beberapa saksi telah diambil.

Satu klip video mengenai pergaduhan didakwa berlaku antara beberapa kakitangan restoran dan mangsa, tular di media sosial. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gaduh, kaunter pandu lalu, pay wave, tumbuk,

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia