suria

Mohon doa semua... Fahmi Fadzil dikuarantin selepas staf positif Covid-19

Pejabat Fahmi Fadzil akan ditutup sehingga tamat tempoh kuarantin dan proses nyahkuman akan dilakukan pihak berwajib di premis itu.

SEORANG kakitangan pejabat Ahli Palimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil disahkan positif Covid-19.

Fahmi yang juga pengarah komunikasi strategik PKR berkata, beliau dan kesemua kakitangan lain akan menjalani kuarantin di rumah.

"Staf pejabat saya yang baru sahaja pulang dari Sabah pada 25 September disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk diasingkan dan menjalani rawatan.

"Mengikut SOP Kementerian Kesihatan dan pejabat kesihatan daerah Lembah Pantai, kakitangan terlibat adalah kontak rapat dan dengan itu saya serta staf lain

perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tanglin.

"Kami akan menjalani tempoh kuarantin di rumah mengikut arahan yang ditetapkan pejabat kesihatan daerah Lembah Pantai," katanya menerusi catatan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, sehubungan itu juga pejabatnya akan ditutup sehingga tamat tempoh kuarantin dan proses nyahkuman akan dilakukan pihak berwajib di premis itu.

"Buat masa ini, penduduk Lembah Pantai yang mempunyai sebarang urusan untuk disampaikan ke pejabat boleh menghubungi kami menerusi laman Facebook atau melalui emel.

"Sebarang kesulitan amat dikesali dan mohon doa semua untuk kami bebas daripada jangkitan virus Covid-19," katanya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain