Jururawat Malaysia alami komplikasi darah beku meninggal dunia di Madinah

Nor Afizah meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi Sabtu (8 Ogos).

SEORANG jururawat warganegara Malaysia meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu pagi.

Nor Afizah Mohd Salleh, 48, jururawat di Hospital Pakar Raja Faisal di Madinah, baru sahaja dipindahkan dari cawangan Riyadh ketika meninggal dunia.

Berdasarkan perkongsian rakan-rakan di media sosial, dia dikatakan meninggal dunia akibat 'Pulmonary Embolism' atau darah beku dalam saluran darah ke paru-paru.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jika ia berpunca daripada Covid-19 atau sebaliknya.

Menurut Kelab Rakyat Malaysia di Riyadh (KRMR), Nor Afizah meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi Sabtu (8 Ogos).

"Kami menerima berita sedih bahawa seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Raja Faisal dan berpindah ke Madinah (cawangan) Nor Afizah Mohd Salleh, 48, dari Gelang Patah, Johor, baru saja meninggal dunia di Hospital Jerman Saudi di Madinah.

"Dia meninggalkan suami dan dua anak berusia sembilan dan enam tahun," kata KRMR.

Nor Afizah diharapkan akan dimakamkan di Tanah Perkuburan Baqi di Madinah, Arab Saudi.

Kakak kepada Nor Afizah, Norhuda dan Shida Mohd Salleh dari Gelang Patah turut menyiarkan mengenai kematian itu di Facebook. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik