“Kepada rakyat... sila bertenang” - Kawat berduri keliling MAEPS, kawalan ketat... elak Pati positif Covid-19 lari

Tentera dan polis mengadakan kawalan ketat di lokasi yang menempatkan tahanan Pati yang positif Covid-19. Foto: Bernama

TINDAKAN pengawalan yang ketat dilaksanakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), lokasi yang menempatkan tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada depoh tahanan imigresen yang didapati positif wabak berkenaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lokasi tersebut kini dipasangkan kawat berduri selain turut dikawal ketat oleh tentera.

Langkah tersebut ujarnya, dilakukan bagi mengelakkan Pati melarikan diri seterusnya meningkatkan risiko penyebaran Covid-19 kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kluster depoh tahanan imigresen dikesan

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 50 kes baharu positif Covid-19,35 kes dikesan di depoh tahanan Bukit Jalil

"Kawat-kawat besi dipasang mengelilingi Maeps untuk mengelakkan Pati melarikan diri.

"Tentera, polis, jabatan imigresen dan petugas barisan hadapan yang lain sedang berada di Maeps bagi mengawal Pati yang dipindahkan dari depo mereka ke Maeps," katanya dalam sidang media harian, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan bahawa lokasi tersebut akan dikhususkan sebagai pusat kuarantin yang hanya menempatkan tahanan Pati.

"Kita tak mahu ada bercampur antara orang kita dan Pati. Biar MAEPS untuk Pati sahaja, sebab itu kita letak kawat duri dan sebagainya.

"Kalau rakyat kita, mereka tak lari. Kes yang lari ini melibatkan mereka yang yang tiada dokumen perjalanan iaitu Pati. Sebab itu mereka ambil kesempatan untuk lari dan sebagainya.

"Kalau mereka lari, susah nak kesan sebab mereka tiada dokumen," ujarnya lagi sambil menambah, pesakit dari kalangan rakyat tempatan yang ditempatkan di MAEPS sebelum ini sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Ismail dalam masa yang sama meminta rakyat agar tidak khuatir berhubung peningkatan kes positif Covid-19 yang dicatatkan kebelakangan ini kerana ia adalah dalam kalangan Pati yang sudah berada di dalam tahanan.

"Kepada rakyat... sila bertenang. Jangan nanti apabila kes diumum oleh Ketua Pengarah Kesihatan, yang tinggi bukan dari rakyat Malaysia tapi dari Pati yang kita kurung mereka dalam depoh tahanan masing-masing.

"Jadi peluang untuk tularkan kepada orang luar hampir tak ada kerana semua di dalam kita buat saringan kepada Pati dan pegawai, dan yang positif terus dihantar ke MAEPS," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

MAEPS, Pati, depoh, Covid-19, bertenang

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain