suria

Wah! Adam, Ainul Mardhiah nama trending bayi Muslim

Beberapa bayi baru lahir di hospital. Gambar hiasan/Foto AFP

NAMA 'Adam' dan 'Ainul Mardhiah' merupakan antara nama-nama popular untuk bayi baru lahir dalam kalangan pasangan Muslim pada tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan.

Menurut jabatan itu, seramai 199,622 bayi lelaki dan 185,688 bayi perempuan dilahirkan pada tahun ini.

Turut dilaporkan bahawa 150,098 pasangan Muslim berkahwin dalam tempoh yang sama.

Menurut satu perkembangan sempena Hari Raya Aidilfitri, pada masa ini, terdapat kira-kira 19 juta umat Islam di Malaysia, merangkumi 61.2 peratus daripada 32.73 juta penduduk.

Putrajaya mempunyai jumlah penduduk Muslim yang terbesar meliputi 97.3 peratus daripada jumlah penduduknya, diikuti oleh Terengganu (97 peratus) dan Kelantan (95.2 peratus).

Selain itu, Perlis pula mencatatkan 87.7 peratus, Kedah (76.9 peratus), Labuan (75.5 peratus), Pahang (74.7 peratus), Melaka (65.5 peratus), Sabah (64.6 peratus), Negeri Sembilan (59.7 peratus), Johor (58.1 peratus), Selangor (57.2 peratus), Perak (55.2 peratus), Kuala Lumpur (45.2 peratus), Pulau Pinang (43.8 peratus) dan Sarawak (32.2 peratus).

Di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai populasi terbesar umat Islam, atau 87.2 peratus penduduknya diikuti oleh Brunei (78.8 peratus), Malaysia (61.2 peratus), Singapura (14 peratus), dan Filipina (5.6 peratus).

Jabatan itu juga mengatakan kini terdapat 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain