suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi kluster depoh tahanan imigresen dikesan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

SATU kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor.

Sebanyak enam kes dilaporkan menjadikannya sebagai kluster ketiga melibatkan DTI.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya pada Ahad.

'ARTIKEL BERKAITAN: 1 Syawal catat 60 kes baharu positif Covid-19

Pada Sabtu, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesan kewujudan satu kluster membabitkan warga asing di DTI di Semenyih, Selangor dengan 21 daripada 1,752 sampel yang diambil disahkan positif Covid-19.

Terdahulu, 60 kes Covid-19 dikesan di DTI Bukit Jalil.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM dalam proses mengambil sampel pendatang tanpa izin di DTI Bukit Jalil dan Semenyih melibatkan 3,000 individu yang turut merangkumi petugas dua depoh tersebut.

Katanya mereka yang didapati positif akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kluster, Covid-19, DTI, depoh tahanan, imigresen,

Artikel Lain