Menyayat hati... ibu rentung cuba selamatkan 4 anak lelaki, berlari masuk semula ke rumah dalam tragedi 1 Syawal

Lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang ibu dan empat anak lelakinya dalam satu kebakaran.

SEORANG ibu yang meninggal dunia bersama empat anak lelakinya dalam tragedi kebakaran pada Hari Raya Aidilfitri, maut ketika cuba menyelamatkan anak-anaknya.

Aishah Awang Jumat, 58, dikatakan berlari masuk semula ke rumah yang terbakar dan bergegas ke tingkat atas rumah kayu mereka untuk mengejutkan empat anak lelakinya yang sedang tidur ketika kejadian.

Malangnya, Aishah dan keempat-empat anak lelakinya - Dzulkarnain Othman, 34, Dzulnisham, 27, Rozaini, 26, dan Rosdi, 24, - maut dalam kebakaran pada pukul 2 pagi Ahad (24 Mei) di kediaman mereka di Kg Binsuluk, Membakut di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi 1 Syawal... ibu, 4 anak lelaki rentung dalam kebakaran di Membakut

Pegawai pembangunan masyarakat Membakut, Abdul Kadir Jalani berkata, ibu berkenaan dipercayai menyelamatkan diri pada mulanya tetapi kembali ke bilik anak-anaknya sebelum terperangkap dalam kebakaran.

"Buat masa ini, sukar untuk mengatakan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi berdasarkan apa yang dikatakan oleh beberapa ahli keluarga, Aishah pergi untuk mengejutkan anak-anaknya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Aishah dan empat anak lelakinya maut dalam kebakaran, sementara empat yang lain iaitu suaminya, Othman Ali, 64, menantu, Awrita Saidul, 27, dan dua anak lelaki lain, Zulkifli Othman, 29, dan Dzulaika Othman, 25, selamat.

Zulkifli dan Dzulaika mengalami kecederaan melecur dan dirawat di Hospital Beaufort.

Kadir berkata, bapa berkenaan dan beberapa yang lain terselamat dapat menyelamatkan diri ketika mereka tidur di tingkat bawah rumah ketika kebakaran berlaku.

Menurutnya, rumah kayu dua tingkat itu dihubungkan dengan grid elektrik utama dan keluarga mereka merancang untuk memulakan inap desa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, siasatan forensik sedang dijalankan dan beliau enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan punca kebakaran meskipun cakap-cakap kejadian bermula dari dapur.

Pasukan bomba menemui empat mayat di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 4 pagi, manakala mayat kelima ditemui pada pukul 7.10 pagi.

Menurut saudara-mara, Othman yang sedang tidur di bilik di tingkat bawah, terbangun selepas terdengar jeritan isterinya yang meminta mereka meninggalkan rumah setelah api marak.

Isterinya dipercayai berada di dapur dan menyediakan makanan untuk sambutan hari pertama Aidilfitri.

Othman dan ahli keluarga yang lain berusaha untuk memadamkan api tetapi api merebak terlalu cepat. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ibu, anak lelaki, kebakaran, maut,

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain